24 Mei 2010

Subhanalloh, Alloh maha pemberi petunjuk ...

... Allah jualah yang berkuasa memberi hidayah petunjuk kepada
sesiapa yg dikehendakiNya (menurut undang-undang peraturanNya);
dan Dia lah jua yang lebih mengetahui akan orang-orang yang (ada
persediaan untuk) mendapat hidayah petunjuk (kepada memeluk Islam)."
(28:56) 




Dr. Murah Hofmann (Roman Katolik, Pakar Undang-undang dan Diplomat)
Dr. Murad Hofmann dilahirkan pada tahun 1931 dalam sebuah keluarga Roman
Katolik. Beliau memperoleh ijazah pertamanya di Union College New York dan
ijazah PhD dalam bidang perundangan di Munich University pada tahun 1957.
Pada tahun 1960 beliau memperoleh pula ijazah LL.M. dari Harvard Law School.
Beliau dilantik menjadi Pengarah Penerangan bagi NATO di Brussels dari tahun
1983 hingga 1987. Pada tahun 1987 beliau dilantik menjadi Duta Jerman ke
Algeria dan pada tahun 1990 pula menjadi Duta ke Morocco. 

Dr. Murad Hofmann memeluk Islam berdasarkan beberapa pengalaman dan
pengamatan. Antara sebabnya ialah pengalaman beliau di Algeria di saat
berlakunya pertembungan antara tentera Perancis dengan kumpulan gerila
dari kumpulan Algerian National Front.yang menuntut kemerdekaan bagi
Algeria. Beliau melihat penderitaan yang dialami umat Islam yang
memperjuangkan kemerdekaan ini serta kesabaran yang mereka miliki.
Beliau meyakini kesemuanya terhasil kesan dari ajaran Islam yang mulia.
Bermula tarikh itu Dr. Murad mula mengkaji al-Quran tanpa henti.

Sebab kedua beliau memeluk Islam ialah kefahaman beliau yg mendalam
tentang ajaran Kristian. Beliau mendapati terdapat perbezaan yg besar
antara apa yang dipercayai oleh orang Kristian awam dengan apa yang
diajar oleh profesor agama Kristian di universiti. Beliau tidak boleh menerima
ajaran St. Paul yang amat berbeza dengan ajaran nabi Isa yang asal
sedangkan, kata belilau, "St. Paul tidak pernah bertemu nabi Isa maka
bagaimana dia berani mengubah ajaran nabi Isa?"

Di samping itu beliau juga tidak boleh menerima hakikat bahawa setiap orang
dilahirkan dalam keadaan berdosa, seperti yang terkandung dalam konsep
Original Sin dalam ajaran Kristian, dan nabi Isa perlu mati kerana dosa-dosa
itu. Beliau berasa pelik tentang mengapa ‘Anak Tuhan' perlu disalib dengan
kejam untuk membersihkan manusia daripada dosa yang mereka sendiri lakukan.

Pada tahun 1980 beliau memeluk Islam. Beliau berkata, "Seorg Muslim hidup
tanpa pemujaan kepada makhluk. Dia tidak menyembah Tuhan dengan
perantaraan Jesus, Mary atau wali-wali tertentu, sebaliknya dia menyembah
Tuhan secara langsung. Justeru seorang Muslim merupakan seorang yang
merdeka dlm erti kata yang sebenarnya."

Rujukan: http://www.islamreligion.com/articles/124/




Dileep Kumar (Agama Hindu, Tokoh Muzik Bollywood)
Dileep Kumar dilahirkan pada tahun 1966 di Madras, India. Beliau
adalah penganut agama Hindu dan memperoleh ijazah dalam bidang
Western Classical Music dari Trinity College of Music, Oxford University.
Beliau amat popular di India melalui muzik ciptaannya yang merevolusikan
muzik Bollywood di India. Semuanya bermula pada tahun 1992 apabila
beliau diberikan kepercayaan untuk mencipta muzik dan lagu bagi filem
Roja. Beliau berjaya menyerlahkan bakatnya sehinggakan lagu Tamizha
Tamizha dalam filem ini menjadi pujaan ramai. Kebolehan beliau memang
mengagumkan kerana beliau berjaya menggabungkan unsur-unsur pop,
Bach, Beethoven, Mozart, reggae, rock serta muzik Hindu klasik dalam
muziknya. Kerana kehebatannya itu beliau menggondol anugerah sebagai
Pengarah Muzik Terbaik sebanyak tiga kali.

Pada tahun 1988 Dileep Kumar mengalami satu pengalaman yang pelik, iaitu,
ketika berada di Malaysia beliau bermimpi menemui seorang lelaki tua yang
menyuruhnya memeluk Islam. Beliau pada mulanya tidak mempedulikan mimpi
itu namun apabila, selepas itu, mimpi yang serupa datang berulang-ulang
kali dalam tidurnya, beliau mula memandang serius terhadapnya. Minatnya
terhadap Islam terus meningkat dan kemuncaknya ialah ketika salah seorang
adik perempuannya mengalami sakit tenat pada tahun 1988. Rawatan demi
rawatan tidak berjaya menyembuhkan penyakit adiknya sehinggalah mereka
bertemu dengan seorang tokoh agama Islam. Secara yang tidak diduga,
penyakit adiknya sembuh selepas tokoh agama itu berdoa kepada Allah.
Pada tahun 1989 Dileep Kumar dan keluarganya memeluk agama Islam dan
beliau menukar namanya kepada Allah Rakha Rahman.

Antara pengalaman yang tidak boleh beliau lupakan ialah pada tanggal
6 Januari 2006 yang merupakan tarikh hari jadinya. Ketika itu beliau berada
di Masjid nabi di Madinah. Beliau berkata, "Itulah hadiah hari jadi saya yang
paling berharga. Selama sehari suntuk saya beribadah di dalam Masjid Nabi
dan apa yang saya rasai tidak ada tolok bandingannya. Saya bersyukur dan
berterima kasih kepada Allah."

Rujukan: http://www.arabnews.com/?page=1&section=0&article=76202&d=13&m=1&y=2006&pix=kingdom.jpg&category=Kingdom



Dr. Ingrid Mattson (Roman Katolik dari Kanada) 
Dr. Ingrid Mattson berasal dari Kanada. Beliau mendapat ijazah dalam bidang
falsafah di University of Waterloo, Ontario, pada tahun 1987. Pada asalnya
beliau menganuti agama Kristian Roman Katolik namun disebabkan beliau tidak
berasa damai dan tidak berasa dekat dengan Tuhan beliau terus mengkaji
demi mencari kebenaran hakiki. Pencariannya membawanya kepada Islam dan
ketika berumur 23 tahun beliau memeluk Islam. Solatnya yang pertama begitu
bermakna baginya kerana ketika itulah, buat pertama kalinya, beliau berasa
begitu dekat dengan Tuhan.

Pada tahun 1999 beliau memperoleh ijazah PhD dari University of Chicago
dalam bidang Pengajian Islam. Pengalaman beliau merangsangnya untuk
menulis pelbagai artikel bertujuan untuk membetulkan tanggapan negatif
sebahagian masyarakat antarabangsa terhadap Islam. Artikel-artikel
tulisan beliau banyak memfokuskan kepada aspek undang-undang Islam
dan kerelevanannya dengan masyarakat sekarang, isu berkaitan gender
dan kepimpinan serta isu-isu semasa yang melanda umat Islam masa kini.
Di samping itu beliau sering di undang utk bercakap di TV serta forum-forum
antarabangsa berkaitan isu yang melanda umat dan agama Islam.

Pada hari ini Dr. Ingrid Mattson merupakan Pengarah kepada projek yang
dikenali sbg Islamic Chaplaincy. Beliau juga adalah Profesor di Macdonald
Center for Islamic Studies and Christian-Muslim Relations di Hartford Seminary,
Hartford, CT. Pada tahun 2006 beliau dilantik menjadi Presiden kepada
Pertubuhan Islam Amerika Utara (ISNA).

Rujukan: http://macdonald.hartsem.edu/mattson.htm



Jang (Bangsa China)
Jang berasal dari negara China. Beliau menceritakan kepada staf IslamOnline
bahawa perjalanannya kepada Islam bermula dengan isu pengharaman
khinzir (babi). Beliau berasa pelik mengapa Islam mengharamkan babi lantas
beliau membuat kajian tentangnya dengan membaca beberapa majalah
perubatan moden dan perubatan China tradisional. Beliau mendapati
beberapa saintis mengatakan daging babi menyebabkan tidak kurang drpd
70 penyakit. Malah perubatan China tradisional juga membuat konklusi yang
lebih kurang sama dengan mengatakan bahawa daging khinzir adalah antara
makanan yang amat berbahaya bagi kesihatan manusia.

Selepas memeluk Islam Jang memilih nama Selim sebagai nama Islamnya
sekali gus mengikut jejak langkah lebih kurang 30 juta Muslim yang terdapat
di negara China pada hari ini.

Tidak ada komentar: